Isnin, 13 Jun 2022 – Pelancaran Bulan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM serta Teknologi Hijau telah dijalankan pada 13 Jun 2022 pada jam 7.20 pagi. Majlis dilakukan di tapak perhimpunan sekolah. Bulan STEM pada tahun ini mempunyai temanya yang tersendiri iaitu Create A Better Future With STEM. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Sains & Matematik SMK Dato’ Syed Omar dengan kerjasama beberapa buah kelab dan persatuan serta unit.

Video Gimik Pelancaran Bulan STEM & Teknologi Hijau

Pelabagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjag Bulan STEM dan teknologi hijau belangsung. Antaranya ialah Mathematics & Science Explorace, Magic Science, Chemistry & Physics, Science Puzzle dan banyak lagi. Maklumat lanjut dan lebih terperinci boleh didapati melaui buku program melalui pautan di bawah. Bagi para pelajar yang berminat untuk menyertai mana-mana aktiviti yang disenaraikan, anda boleh menunggu hebahan aktiviti atau berhubung dengan guru yang terlibat.