Pada 17.8.2022 pasukan bola sepak B-18 SMKDSO telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Kejohanan Bola Sepak MSSD Kota Setar 2022 menentang Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong. Pasukan bola sepak SMKDSO telah memberi tentangan sengit kepada SMK Mergong dan berjuang berhabisan. Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kita. Pasukan bola sepak sekolah kita tewas kepada SMK Mergong.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SMKDSO kerana berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi menjulang nama sekolah sehingga bergelar Naib Johan. Semoga pasukan bola sepak SMKDSO akan lebih cemerlang pada masa akan datang.

SMKDSO KEKAL UNGGUL