Pada 23.8.22 bertempat di Kamar Jauhari SMKDSO telah diadakan Sesi Libat Urus Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Program ini dihadiri oleh semua guru SMKDSO. Tujuan ini adalah untuk memberikan pendedahan terkini tentang PBS yang bakal dilaksanakan bagi sesi 2022/2023 ini. Semoga dengan maklumat ini dapat memperkasakan profesion keguruan dengan lebih efisyen.