Khamis, 02 Jun 2022 – Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar buat kali ke-42 dijalankan secara bersemuka buat julung pertama kalinya selepas dua tahun pandemik COVID-19 menjelma. Mesyuarat Agung pada kali ini diadakan di Dewan Pendeta dengan mematuhi segala Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.

Mesyuarat berjalan dengan lancarnya mengikut atur cara yang telah ditetapkan menurut Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Yang Berusaha Puan Faridah Binti Siweng, Pengetua SMK Dato’ Syed Omar dan seterusnya ucapan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Johar Bin Yahya, YDP PIBG SMKDSO.

Ucapan YDP PIBG SMKDSO

Melalui mesyuarat ini, pelbagai perkara berbangkit telah diusulkan dan dibincangkan. Mesyuarat juga telah sebulat suara untuk memilih beberapa ahli baharu dan ahli lama untuk meneruskan menerajui organisasi PIBG supaya SMK Dato’ Syed Omar Kekal Unggul. Mesyuarat seperti ini juga dapat menguatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa bagi memastikan pelajar SMK Dato’ Syed Omar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah demi mencapai moto sekolah.


Pautan Buku Program/Laporan Mesyuarat PIBG Kali Ke-42 boleh didapati melalui pautan di bawah: