Kurikulum persekolahan 2027: Pendidikan karakter, fleksibiliti, pendigitalan antara elemen baharu dipertimbang

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan Jerayawara Jelajah Pendidikan ke seluruh negara bermula tahun hadapan bagi mendapatkan pandangan berhubung pelan pembangunan pendidikan berkaitan kurikulum baharu persekolahan 2027. Menterinya Fadhlina Sidek...

Humpunan Malaysia Bersama Palestin

Jom beramai-ramai ke Himpunan Malaysia Bersama Palestin pada 24 Oktorber 2023, Selasa pada jam 6.30 Petang - 10.30 malam di Stadium Axiata Bukit Jalil

Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak MSSD Kota Setar 2022
⚽️⚽️⚽️⚽️⚽️⚽️⚽️⚽️⚽️⚽️
SMKDSO vs SMKM

Pada 17.8.2022 pasukan bola sepak B-18 SMKDSO telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Kejohanan Bola Sepak MSSD Kota Setar 2022 menentang Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong. Pasukan bola sepak SMKDSO telah memberi tentangan sengit kepada SMK Mergong dan...

Sesi Libat Urus Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pada 23.8.22 bertempat di Kamar Jauhari SMKDSO telah diadakan Sesi Libat Urus Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Program ini dihadiri oleh semua guru SMKDSO. Tujuan ini adalah untuk memberikan pendedahan terkini tentang PBS yang bakal dilaksanakan bagi...

Champion For The Scrabble Competition On District Level

Thursday, 23rd June 2022 - SMK Dato' Syed Omar has been announced as the Champion of the Kota Setar District Online Scrabble Competition second year in a row. The competition was held online on the 23rd of June 2022. As the champion, both of our player - Muhammad...

Slogan SMKDSO

“SMKDSO Kekal Unggul”

Berita Sekolah

Humpunan Malaysia Bersama Palestin

Humpunan Malaysia Bersama Palestin

Jom beramai-ramai ke Himpunan Malaysia Bersama Palestin pada 24 Oktorber 2023, Selasa pada jam 6.30 Petang - 10.30 malam di Stadium Axiata Bukit Jalil

Sesi Libat Urus Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Sesi Libat Urus Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pada 23.8.22 bertempat di Kamar Jauhari SMKDSO telah diadakan Sesi Libat Urus Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Program ini dihadiri oleh semua guru SMKDSO. Tujuan ini adalah untuk memberikan pendedahan terkini tentang PBS yang bakal dilaksanakan bagi...

Champion For The Scrabble Competition On District Level

Champion For The Scrabble Competition On District Level

Thursday, 23rd June 2022 - SMK Dato' Syed Omar has been announced as the Champion of the Kota Setar District Online Scrabble Competition second year in a row. The competition was held online on the 23rd of June 2022. As the champion, both of our player - Muhammad...

Barisan Pentadbir

Tinta Pengetua

Bismillaahir Rahmaanir Rahim
Al-hamdulillahi Rabbil’ Alamin Wabihi Nasta’in

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan Salam Sejahtera.
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T selawat dan salam untuk Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W para keluarga dan sahabat Baginda.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat kembali menjalankan tugas tahun 2021. Semoga kita semua dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan penuh dedikasi bagi mencapai hasrat dan halatuju SMKDSO bagaru tahun 2022

Pendemik Covid 19 telah mengajar kita erti kehidupan di norma baharu, erti kesabaran, kekuatan minda, dan lebih bersedia dengan PDPC yang lebih berkesan terutama berkaitan dengan Plantar Pembelajaran Digital dan Pendidikan secara Virtual. Jesteru, pada tahun ini cabarannya akan lebih menguji kita dalam mendepani Pendidikan global yang penuh seni dan halangan. SMKDSO memerlukan para guru sentiasa bersedia dalam keadaan apapun ditambah dengan bahang kepesatan di bidang pendidikan yang pelbagai, menuntut kita sebagai pendidik untuk lebih peka dan menguasai teknologi serta pengetahuan baru sesuai dengan perkembangan kemajuan Pendidikan global. Selari dengan aspirasi KPM, kita harus mengangkat martabat visi dan misi utama iaitu Pendidikan berkualiti, insan terdidik negara sejahtera, Melestarikan sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membagunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara dan Peneraju Pendidikan bertaraf dunia.

Marilah kita sama-sama mendukung dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan dengan meletakan peranan guru masing-masing dengan tanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tulus dan secara sinergi dalam menentukan halatuju dan kecemerlangan SMKDSO tahun 2022 ini. Sehasrat Sederap wahana kecemerlangan dunia dan akhiran

Sekian, Terima Kasih

PN FARIDAH BINTI SIWENG

PN FARIDAH BINTI SIWENG

PENGETUA

PN HASLINA BINTI HARUN

PN HASLINA BINTI HARUN

PK PENTADBIRAN

PN ROHANI BINTI RAMLI

PN ROHANI BINTI RAMLI

PK HEM

PN BALKHIS

PN BALKHIS

PK KOKURIKULUM

Logo Sekolah

Bentuk Perisai

Pelindung daripada gejala tidak sihat

Kuning

Cita-cita yang mulia, darjat yang tinggi serta disanjung dan kejayaan yang dicapai.

Simbol Buku

Elemen terpenting dan perlu untuk mendapatkan ilmu pengetahuan

Sfera Bumi

Matlamat jangka panjang dan luasnya bidang ilmu yang perlu dikejar oleh pelajar SMKDSO demi kejayaan dunia dan akhirat

Sang Kancil

Lambang kecerdikan dan bijaksana pelajar SMKDSO dari segi intelek

Gerigi Roda

Era perkembangan sains dan teknologi serta keazaman yang kental dalam menempuh cabaran kehidupan

Warna Biru

Suasana bahagia, harmoni dan sejahtera

Lagu Sekolah

Kami semua warga setia
Sekolah Dato’ Syed Omar
Bertekun dan berusaha
Mendukung segala cita

Bersatu berganding bahu
Kukuhkan semangat waja
Menjadi hasrat bersama
Mendaulat nusa dan bangsa

Kami harapan pertiwi
Sanggup setia berbakti
Tunaikan segala janji
Dengan cekal berani

Mari bersatu tenaga
Taburkan bakti dan jasa
Membina hidup mulia
Bersendi rukun negara

Melodi: Md Shukri bin Shaffie
Lirik: Murad bin Md Zin

Sekolah ini mula ditubuhkan pada 10 Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Derga, sempena sekolah yang ditumpang iaitu Sekolah Kebangsaan Derga. Pelajar ketika itu hanyalah berjumlah 339 orang dan seramai 16 orang guru.

Pada tahun 1966, pelajar tingkatan satu menumoang di Sekolah Kebangsaan Derga dan pelajar tingkatan 2 menumoang di Sekolah Kebangsaan Kancut.

Pada tahun 1968, perpindahan ke tapak sekarang dengan nama Sekolah Menengah Jalan Day (Lelaki). Pada tahun 1968-1972, Sekolah Kebangsaan Inggeris Darulaman menumpang di sekolah ini pada sebelah petang.

Pada 20 Februari 1969, terpahatlah nama Sekolah Menengah Dato’ Syed Omar bersemperna dengan nama Menteri Besar Kedah yang pertama.

Pada tahun 1971, bangunan tambahan bagi Sains Tulen, Perpustakaan dan Bengkel Seni Perusahaan dibina.

Tahun 1972, pelajar perempuan tingkatan 4 pertama kali diterima serta mula menerima pelajar Yayasan Sabah/Sarawak dan kelas Tingkatan 6 aliran sastera dibuka.

Pada 30 April 1972, perasmian disempurnakan oleh YAB Dato Syed Ahmad Shahahudin Al-Haj dan asrama lelaki siap dibina.

Pada tahun 1980, surau yang berharga RM 53,000 tersergam indah. Pada tahun 1995, asrama puteri mula menerima penghuninya serta bangunan Tingkatan 6 siap dibina.

Visi & Misi Kami

VISI KPM

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

VISI SEKOLAH
SMKDSO Menjadi Sekolah Terunggul Negeri Kedah
MISI KPM

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MISI SEKOLAH
Mewujudkan zon pembelajaran kondusif melalui penjanaan kemahiran dan keterampilan warga sekolah supaya mempunyai hala tuju serta pemikiran futuristik untuk mencapai keunggulan dalam semua bidang

Orang Pelajar

Tenaga Pengajar

Pasukan Pelaksana

SMK DATO SYED' OMAR

Hubungi Kami

SMK Dato Syed’ Omar,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350, Alor Setar, Kedah Darul Aman
+604-732 1607
+604-730 9690